Thursday, April 16, 2015

Multi Universe in Existence Part.4 (terjemahan)

Pernahkah anda menonoton cerita atau membaca kisah “Alice di Alam Fantasi (Alice in Wonderland)” sewaktu anda kecil dahulu? Ia adalah contoh yang baik untuk menerangkan bagaimana "wormhole"berfungsi yang memungkinkan kita untuk menjelajah dari satu alam semesta ke alam semesta yang lain. Alice, menjelajah ke alam yang lain yang mempunyai hukum, peraturan dan logik yang berbeza namun dia masih boleh mengadaptasi dengan keadaan alam tersebut yang penuh dengan keajaiban. Adakah kita akan menjadi Alice suatu hari nanti? Ia adalah sesuatu persoalan yang menyebabkan kita berfikir dengan lebih mendalam dan berimaginasi tentang masa depan.

Apakah itu  "wormhole"? Bolehkah anda mengagaknya? Ambil kertas yang berukuran A4 dan buat dua titik di atas kertas tersebut (yang kedua-duanya jauh daripada satu sama lain). Secara logiknya, jarak yang paling dekat ialah satu garisan yang lurus. Kemudian, lipat kertas tersebut sehingga dua-dua titik itu bersentuhan. Maka kedua-dua titik itu menjadi lebih dekat daripada sebelum ini. Jika ingin pergi dari satu titik ke titik yang lain yang perlu dibuat adalah dengan membuat satu lubang yang membolehkan pergerakan dari satu titik ke titik yang lain. Lubang itulah analogi untuk lohong hitam dan titik itu boleh dianalogikan sebagai alam semesta yang berlainan atau planet.

Siri yang popular sewaktu zaman remaja saya iaitu Stargate SG-1. Itulah analogi yang sesuai untuk menunjukkan penjelajahan antara semesta. Adakah kita akan mampu membina stargate di masa depan? Saya tidak tahu. Walaubagaimanapun, pada masa kini, pakar fizik masih dalam proses untuk menentukan samada untuk pergi ke satu tempat ke tempat yang lain melalui  "wormhole" ialah sesuatu yang tidak mustahil untuk dilakukan. Jika suatu hari nanti, mereka mampu untuk mencipta  "wormhole", mereka mungkin akan melakukan uji kaji dengan menghantar sesuatu untuk mengesahkannya. Mesin yang boleh menangkap gambar digunakan untuk menentukan suhunya dan adakah ia mempunyai oksigen dan adakah kita perlu memakai pakaian perlindungan. Selain itu maklumat yang penting yang perlu diketahui ialah samada terdapatnya hidupan atau makhluk yang berakal.

Apakah kepentingan  "wormhole" ini? Suatu masa nanti, alam semesta kita akan mencapai pengakhirannya. Sebagai manusia, kita ingin melarikan diri daripadanya dengan pergi ke alam semesta yang baru dan memulakan hidup baru. Keadaan ini cuma boleh berlaku jika terdapatnya alam semesta yang lain dan alam semesta itu mempunyai planet yang boleh didiami atau terdapatnya alam semesta lain yang mempunyai sumber yang diperlukan untuk tinggal di kapal angkasa atau disebut koloni angkasa sebelum palnet yang sesuai dijumpai. Selain itu, situasi ini juga cuma boleh berlaku jika penjelajahan menggunakan lohong hitam itu boleh berlaku. Kita akan menyambung perbincangan di waktu yang lain.

Ditulis oleh :
Mohd Arif Syafiq
3 April 2015.

Diterjemah oleh :
Muhammad Fitri,
13 April 2015.

Multi Universe in Existence Part.4

Have you ever watched Alice in Wonderland when you're little? If not, you better go and watch it now. It is a good example which is used, to explain how the wormhole works, which(perhaps) will make it possible for us to travel between universes. Just like Alice, travelling to the other world, that have different laws,rules,and common logics, in how they think. And Alice, amazingly,and calmly adopt herself in that magical world. Will we be like Alice one day? Our imagination runs wild, thinking deeper about this i guess.

Are you guessing what wormhole is? Take a piece of an A4 paper. Then you make two dots. on the paper (far on the two sides of paper). Logically,the nearest distance is straight line. Next,you fold the paper into two. Its nearer and the dots can 'touch' each other. Common knowledge is that,space bends. to travel between this two dots, is to go through it. Make a hole,go through that paper to travel between dots. That is what wormhole is. These dots be our universe.Or can be planets.

A popular series during my teens, Stargate SG-1. Yup,it's like that. Will we build a stargate in the future? I don't know. But,remember that, physicists is still trying to figure out,whether it is possible to physically travel between wormhole,if wormhole is possible. If one day,they can make a wormhole,they will make experiment,perhaps sending something to confirms it. A machine to take footage,to know for sure ,if we need to wear protective gear,or how's its temperature and does it have oxygen, and if it have.....living being? And intelligence creatures?

Why is it important to talk about wormhole? Again, our universe,one day in the future,is doom to die. And we the humans, doesn't want to be a part of it,and wants to escape destruction. Well, the only way,is to escape and go into other universe,and starts new life there. If there are other universes,and that universe,have habitable planets,or resources that we can use while staying in space ships,or shall we say space colonies. And if wormhole can be made, and travelling physically between wormhole is possible,that is. We'll continue later.

written by :
Mohd Arif Syafiq
3 April 2015.

Multi Universe in Existence Part.3 (terjemahan)

Mari kita berbicara sedikit mengenai “dark energy”. Kembali kepada contoh belon, apabila kita meniupnya, belon itu mengembang. Dalam kes ini kita menggunakan udara untuk memaksa belon itu untuk mengembang.

Bagaimana pula dengan alam semesta kita. Alam semesta kita mengembang.

Jadi, apa yang mengakibatkan ia mengembang? Apa yang memaksa alam semesta kita untuk mengembang?

Jawapannya ialah “Dark Energy”. “Dark Energy” bertindak bagaikan udara yang ditiup ke dalam belon untuk mengembangkannya.

Apakah yang ada di antara dua objek di angkasa lepas?

Jawapannya ialah kosong atau tiada apa-apa.

Kekosongan inilah yang dinamakan sebagai “Dark Energy”. “Dark Energy” adalah tenaga kekosongan.(nothing).

Kembali kepada contoh belon sekali lagi. Jika alam semesta ini seperti belon dan mengembang, maka alam semesta ini mengembang ke arah apa? Ia mengembang ke arah “Hyperspace”.

Apa itu “Hyperspace”? “Hyperspace” ialah dimensi melangkaui apa yang kita boleh lihat dan sentuh.

Ini adalah kata-kata dari pakar fizik terkemuka:

“ALAM SEMESTA INI IALAH MUZIK KOSMIK YANG BERGETAR MELALUI SEBELAS DIMENSI ‘HYPERSPACE’”.

Anda masih tidak faham? Kita akan menyelusurinya secara perlahan-lahan di masa yang akan datang.

Ditulis oleh,
Mohd Arif Syafiq
1 April 2015.
Diterjemah oleh,
Muhamad Fitri,
1 April 2015.

Multi Universe in Existence Part.3

Let's talk a bit about dark energy. Haven't heard before? Well, you're going to hear it now. Let's go back to talk about balloon. When we blew a balloon,the balloon expands. In this case, we use air, to push the balloon to expands.
Then,let's go to our universe. Our universe expands.And what makes it expands?What 'blew' our universe aparts,or pushing it away,making it expands,as we speak?

The answer is, the Dark Energy. Dark energy acts like an air we blew into balloon making it expands.Between two object in outer space, what is there in between? The answer is nothing. And this nothing is called dark energy. Dark energy is the energy of nothing.


Borrowing many words and explanation from an expert, lets talk about balloon again. If our universe is like or similar to a balloon, and it expands.Then, what is it expands into? It expands into Hyperspace.
What is hyperspace? A dimension beyond what we can see and touch.
Well, if youre into it, remember this phrase said by a famous physicist, "THE UNIVERSE IS A COSMIC MUSIC, RESONATING THROUGHOUT ELEVEN DIMENTIONAL HYPERSPACE".
Don't get it? Let's go into it gradually.Till next time!

Written by :
Mohd Arif Syafiq,
1 April 2015.

Mutli Universe in Existence Part.2 (terjemahan)

Dalam penulisan saya sebelum ini, saya menggunakan belon sebagai contoh. Keadaan ini adalah benar dari segi pengembangan di mana pengembangan alam semesta adalah seperti pengembangan belon apabila ia ditiup.

Namun begitu, menggunakan belon sebagai contoh untuk teori big bang adalah tidak tepat.

Contoh yang lebih tepat adalah buih sabun. Adakah kamu pernah membuat buih sabun sewaktu kamu kecil? Itulah buih yang saya maksudkan.

Apabila dua buih bersentuhan, ia akan membentuk satu buih dan apabila satu buih itu membahagi, dua buih terbentuk.

Secara teorinya, kewujudan alam semesta kita mungkin terjadi melalui salah satu cara tersebut (pembentukan satu buih dari dua buih atau pembentukan dua buih dari satu buih). Itulah yang dinamakan teori big bang.

Jika anda bertanya apa yang menyebabkan big bang itu berlaku?

Jawapannya adalah “dark energy”. Kita akan berbicara tentangnya di waktu lain.

Ditulis oleh :
Mohd Arif Syafiq.
1.April.2015.
Diterjemah oleh :
Muhammad Fitri,
1 April 2015.

Multi Universe in Existence Part.2

In my previous writing, i use balloon as an example. It is true in terms of expansion. It expands.(when you blow air).
But, to use balloon as an example for the occurence of the big bang,is wrong.
The correct example is soap bubble. Have you ever make bubble from soap when you're little? That's the bubble i'm referring to.
When two bubble come in contact,it creates another bubble. And when you separate one bubble,it becomes two bubble.
Theoretically,it's either one of these two sample is what makes our universe come into existence. (Referring to the production of the soap bubble).That's what big bang is all about.
If you ask, if big bang, bangs,then what makes it bang? The answer is dark energy.We'll talk about that next time.


Written by :
Mohd Arif Syafiq.
1 April 2015.

Multi Universe in Existence Part.1 (terjemahan)

Bercakap tentang asal-usul kejadian alam semesta, kita akan menyelusuri waktu sebelum berlakunya ledakan besar atau “the big bang”.

Bayangkan terdapat satu belon. Di permukaannya dilekatkan batu-batu kecil. Selepas itu, belon itu ditiup perlahan-perlahan. Sebagaimana belon itu mengembang apabila ia ditiup, keadaan yang sama juga berlaku dalam proses pengembangan alam semesta.

Katakan bahawa sebelum ledakan besar itu berlaku, terdapat banyak belon. Alam semester itu ‘tercipta’(secara teorinya) sama ada apabila dua biji belon bergabung dan menghasilkan alam semesta yang baru atau belon itu membahagi, lalu menghasilkan alam semesta baru. Inilah antara teori yang dibentangkan oleh pakar dalam menerangkan mengenai teori big bang.

Jika teori ini berjaya dibuktikan, maka kesimpulan boleh dibuat bahawa terdapatnya alam semesta yang lain selain daripada alam semesta yang kita diami. Kemungkinan kewujudan alam semesta yang lain membawa kita kepada perbincangan mengenai pengembaraan ke alam semesta  lain.

Perbincangan mengenai pengembaraan ke alam semesta lain, timbul kerana alam semesta yang kita duduki tidak akan kekal selama-lamanya. Ia akan musnah suatu hari nanti.

Satu-satunya cara untuk melepaskan diri daripada turut serta terlibat kemusnahan alam semesta ini adalah dengan mengembara(atau melarikan diri) ke alam semesta yang lain.

Jika terdapat pelbagai alam semesta dan adalah tidak mustahil untuk kita pergi ke sana, adakah terdapat makhluk yang mempunyai akal fikiran seperti kita di sana?

 Adakah kita dilihat sebagai penjajah? Adakah akan berlaku peperangan antara alam semesta? Sebelum kita menjumpai planet yang mampu diduduki di alam semesta itu, bagaimana kita meneruskan kelangsungan hidup di sana? Hidup di kapal angkasa? Adakah akan berlaku peperangan antara kapal angkasa untuk mendapatkan planet yang boleh didiami? Adakah akan ada penjajah lain dari alam semesta yang lain, datang ke alam semesta yang kita juga tiba(dari alam semesta kita yang lalu)dengan kita dengan tujuan dan matlamat yang sama? Adakah kita mampu menangani mereka? Itu adalah persoalan-persoalan untuk renungan kita bersama.

Ditulis oleh :
Mohd Arif Syafiq,
1 April 2015

Diterjemah oleh :
Muhammad Fitri,
1 April 2015.

Multi Universe in Existence Part.1

Talking about the origin of universe. Theoretically speaking, and from this sentences,we will go briefly to a time, a time before....the big bang.

Imagine there is one bubble. Or shall i say one balloon. On the surface of the balloon, i put glues on the surface of the balloon. Then, i put bits of small stones on the surface.After that, i blew the balloon slowly, and the balloon slowly expands as i slowly blew air into the balloon. It is similar to how our universe expands.

And lets say, before the big bang, there are many balloons. And a 'universe is created' either when two balloon combine, and produce a new universe, or a balloon divide, producing universe. And theoretically speaking, this is what the theorists are saying, is what the big bang is all about.

And if this can be proven true, then there are many universe besides our universe, is a fact that we will have to digest. Well, whats next? To try and go to that universe of course. Why is that? Why is it so important to talk about travelling between universes?

There is only one reason. It is a fact that universe will not be forever present. One day it will go ka-boom, and everything will be destroyed. All creatures living in this, or shall i say our universe will definitely return to dust. Metaphorically speaking about dust, in real someday in the future it really means all in the universe will be gone.

And,there is one way to escape from being caught in this final destruction of our universe.That is,of course,so obvious right now,that is, travelling to the other universe to escape. Well,if we one day will figure out how to travel between universe and the fact that there are many universe is proven to be true.

If it is true there are many universes beside ours and it is possible to travel between universes,when we go there,will there be other intelligent creatures in that universe?Will we be considered as invaders? Will there be warrs between universes?And before living and establishing ourselves in that universe,how will our lives go on in that other new universe?Living in a spaceship? War between spaceships fighting for habitable planets? Or perhaps,other invaders from other universes will also come to the universe that we just arrive for the same aim as us? And finally,do we stand a chance against them, if all of this happens? Food for thought.

Written by :
Mohd Arif Syafiq.
1 April 2015.